warning: stay away!

macam2 cerita la sekarang ni.

entah berapa kali aku dok gelakkan kazen2 aku ni pasal benda2 yang entah apa2 yang berlaku dalam hidup dorang. dorang datang melepak kat rumah aku selepas habis peperiksaan minggu lepas. so tengah 'catch-up' balik la pasal kehidupan dorang ni lepas dah dekat 2 tahun tak jumpa.

kecik je pon hal nye tapi yelah, kalau dah diperbesarkan memanglah jadi satu problema yang tak perlu ada. jadi macam drama bersiri la pulak. aku ni dah la tak minat dengan drama-drama panjang macam cerita endon yang selalu ditayang kat televisyen tu. tak tahan ak dengan suspen nye. so what to do? gelakkan mereka aje sudeyh! =))

alkisah nye, ada suatu drama berlaku di myspace semalam berkenanan dengan sepupu lelaki aku yang boleh dikatakan sudah menjadi sebahagian daripada keluarga aku. maka menjadi tanggungjawab aku la untuk menjaga dy sebagai seorang kakak sepupu yang prihatin. cewah! so long story short, aku baru je dapat satu 'enemy' baru sebab memberi nasihat (atas arahan mak aku la tapi nye. aku cume jalankan amanah saje yerp) kepada si wanita itu supaya tidak mengatal-gatal dengan sepupu aku yang sorang ini.

serius aku cakap, aq dah bagi nasihat elok-elok dah tu. memang ayat baku habis aku tulis tu. tak pakai shortform whatsoever tahu. boleh pulak dilabel nye aku ni kurang ajar.

takpe, aku tak terasa. sikit pun tak sebab aku tahu kat mana garisan kurang ajar aku dan aku belum lagi melepasi garisan itu. kalau maksud si wanita itu ialah aku ni kurang diajar lagi, maka betullah katanya sebab masih belum cukup lagi ilmu aku, baik ilmu perubatan atau ilmu agama.

anyway, she just happened to be the girlfriend of my cousin at the wrong time. kalau pun bukan dy yang menjadi awek sepupu aq tu sekarang ni, aq still akan tulis nasihat yang sama pada si awek itu. kalau pun benda macam ni berlaku pada adik aq dan sepupu-sepupu kecil di bawah aq, aq masih akan lakukan perkara yang sama. sebab aq ada kuasa untuk menghalang nye. jahat ke? aq tak rasa begitu. BWAHAHA! :]

itu budak lelaki pun satu hal jugak; sudah aku 'lecture' dia pasal couple waktu persekolahan ni tapi masih kamu teruskan lagi hubungan itu ye. ingat aku tak tahu ke korang couple sekarang ni pun just for fun, haa? just because orang lain pun couple so you guys pun nak merase couple jugak, haaaaaaa? haihhh~ tolong la, macam la takde bende yang korang boleh buat untuk isi masa lapang tu. kalau dah ada banyak sangat free time tu: STUDY la weyh!

hmmmm.

awal2 lagi mak aku dah pesan pada aku dan adik-beradik supaya cari pasangan yang mana boleh dan akan 'get along' dengan ahli keluarga kita. ahli keluarga tu bukan adik-beradik ipar saje, ini termasuk jugak dengan sepupu-sepapat yang jauh nun di sana tu haaa, tahu. this is because once you marry that certain someone, you marry his or her family as well. which is absolutely true. sebab itu jugak Rasulullah S.A.W mementingkan nasab/keturunan seseorang itu bila nak berkahwin selain daripada agama, rupa dan harta.

secara jujur nye, aku sangat suka melihat bila parents aku berkumpul dengan adik-beradik dorang baik waktu raya ataupun waktu sesaje melawat rumah dorang. takde pon nak gaduh-gaduh pasal harta, duit ataupun apa-apa jelah pergaduhan macam yang dipamerkan kat televisyen tu. boleh berbincang pasal ape-ape perkara. bergurau bersama, bergelak tawa bersama. bergosip bersama. kehkehkeh. harmoni je, sedap mata memandang. aku teringin keadaan tenang yang sama untuk adik-beradik aku bila kami dah dewasa dan punyai keluarga masing-masing.

kalau wanita/lelaki seperti di atas itulah yang akan menjadi isteri/suami kepada adik-adik aku dan sepupu aku, yang tak dapat nak terima nasihat tentang perkara kecil sebegini untuk kebaikan bersama, biar aku nasihatkan korang dari awal-awal la yerp:

JUST STAY AWAY FROM MY FAMILY
.

comprende?

=)