for you: encik emal


nama budak tak betul ini fariz iqmal bin muhammad
dia merupakan adik lelaki aku yang ketiga
hari ini merupakah hari jadi dia yang ke-10
budak ini sangatlah slow dan lampi (lambat pickup)
selalu menjadi mangsa buli abang2 dan kakak dia
malah adik2 kecik dia turut sama join membuli dia!
akan tetapi hati budak ini baik dan innocent
semoga sentiasa kekal baik~ ameeeen~
:)

mine forever

puas hati dapat bercakap dengan ibunda tercinta. 2 jam setengah aq berborak tanpa henti, line clear all the way. terima kasih kepada vodafone dan celcom xpax kerana memberi peluang keemasan ini. wakaka~

hmmm~

dalam aq tengah gembira dapat lepaskan rindu pada keluarga, aq rasa agak terkilan jugak. banyak benda yang aq tak tau cerita bila aq berada jauh kat negara orang. sekurang-kurangnye bila ada kat malaysia tu, kalau de pape yang terjadi pada family aq, boleh aq balik rumah dan bantu setelkan terus masalah yang timbul.

kesian tengok abah.
kesian tengok mi.
kesian kat ejat.
kesian kat ekram.
kesian kat emal.
kesian kat ewan.
kesian sangat-sangat kat aya.

*sigh~*
apa boleh buat. aq hanya mampu dengar je mi berkongsi cerita dari jauh. tapi mungkin itu yang terbaik. entah-entah kalau aq ada kat malaysia waktu semua benda tu terjadi, aq pergi terjah je jumpa manusia-manusia yang gatal nak kacau family aq dan terus 'bahan' orang-orang tersebut.

buat diri kamu, sila berjaga-jaga. sila jangan terkejut kalau suatu hari nanti, ada penangan pedas dari daku kepada kamu yang berani menggugat ketenteraman keluarga aq sekarang ni.

when the time comes, don't you effing dare say i didn't warn you. tahu?

they're mine and i'll do anything to protect them.

ya Allah, jauhkanlah mereka daripada bencana yang aku ketahui dan tidak ku ketahui.