secara jujur aku cakap, aku takde ramai kawan tapi kenalan aku ramai. entah kenapa, memang susah untuk aku berkawan. yeah, sememang nye aku ini loner~ (T_______T)
dah berumur macam neh (erkk, xdela tua mana kot!) baru lah aku dapat terima kenyataan ni. peristiwa yang berlaku selama hampir sebulan neh menyedarkan aku tentang satu sikap yang aku tak pernah sangka ada dalam diriku, yang sebenar nye aku ni hidup dalam dunia aku yang tersendiri.
aku rasa ni dah macam penyakit keturunan kot, yang datangnye dari abah aku. mak aku selalu dok komplen, kalau time dy tengah hot membebel kat abah aku, abah mesti buat donno aje. jasad dia memang la ade depan mak aku, nampak macam pasrah aje mendengar leteran yang tak sudah-sudah itu tapi otak dia sebenar nye merewang entah ke mana.
aku tergelak aje dengar mak aku cite. aku tergelak jugak bila mak aku cite lagi, tiap-tiap kali dia pergi jumpe dengan cikgu kelas nak bertanya pasal progress anak-anak dy (adik-adik aq la) dalam belajar, cikgu nye mesti risau pasal satu perkara aje: anak murid yang suka berangan. bukan nye berangan ape, tapi budak tu hilang dalam dunia dia. harap badan aje ade dalam kelas, entah dia dengar ke tak ape yang cikgu ajar. balik rumah, pegi bantai tengok tv, main playstation sampai kerja rumah pon tak siap. yang pelik nye, masa exam akhir tahun, budak tu dapat keputusan elok pulak! mau pengsan abah mak aku~ haha!
puas aku dok gelakkan dorang. rupe-rupe nye, aku pon terkena jugak penyakit neh. walaupun begitu, penyakit aku takde lah sekronik adik-adik aku yang lain tu. cuma nye, seingat aku la kalau kat rumah dulu, aku lebih suka tutup pintu dan duduk sesorang dalam bilik. sampai masa yang memerlukan aku keluar bilik, sama ada untuk ke tandas/makan/tengok tv/buat jahat kat adik-adik, barulah aku keluar tunjukkan muka pada famili aku. secara tak langsung, terputus terus lah hubungan antara aku dengan dunia luar kan.
sungguh aku tak sangka, aku bawak jugak habit kronik ni ke mari ke negara orang. aku tau, ini salah aku.
aku kira, dari mende yang tak tersangka ini lah, lama kelamaan muncul nye sikap selfish aku. secara luaran nye, aku takde lah penting kan diri sangat. tapi bila ada masa nye yang memerlukan untuk aku tak selfish, aku tetap pentingkan diri sendiri. puas dah mak aku sound aku dulu, cakap aku ni selfish and everything tapi tak paham-paham jugak aku. siap aku balas balik, dah banyak kot yang aku korban bagi kat adik-adik aku dulu. mintak ampun sangat-sangat ye, mi. huehue~ (T.T)
kadang-kadang mungkin kita tak sedar, kita hidup dalam realiti, bukan di alam mimpi. kitalah yang kena usaha keluar dari alam itu, jangan harapkan orang lain nak bawak kita keluar.
alhamdulillah, Allah sedarkan jugak aku daripada terus tenggelam dalam dunia ciptaanku dengan bagi aku ujian ni. perit jugak, ya Allah, nak lalui ujian sebegini. entah berapa gelen air mata jatuh, aku pon tak tau.
walau papepun, aku sangat berterima kasih padaMu.
the loner is me
semoga Engkau tak tinggalkan diriku untuk membuat sebarang keputusan untuk diri sendiri walau sekali pun.
labels private hearts
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 blue love received:
ye, Dia tak pernah tinggalkan kite!
haha
seronok la ada Tuhan camni
serta mereka2 yang sependapat :P
farah sile jaga diri
oh, terasa nak dedicatekan lagu 'always be there' by maher zain
terima kaseyyy~ terharu pulak. kamu pon, sila jaga kesihatan. kirim salam sayang pada si nad yang bersuara seksi ituuu. :)
chayok farah! u can do it...
no matter what He always wif u...
n can assure u... ur switheart y dekat sni ngn sy ni always9 love n miss n remember n syg n chenta n mcm2 lg la kt awk..=).
n iloveu too..hehe=)
be strong, pray to HIM...always..
Lisa...
Anakanda,
Dalam hidup ini, kalau tidak bergaul dengan anggota masyarakat, maka kita menidakkan satu pertanggunjawaban fitrah manusia yang beragama Islam iaitu berbuat baik kepada jiran-jiran.
Jiran ini dalam konteks sebagai pelajar adalah rakan serumah, teman sekelas, pelajar seuniversiti dan senegara.
Pepatah melayu mengatakan, tidak hilang bisa ular menyusur akar. Kalau ke bukit sama didaki, ke lurah sama turuni.
Begitu juga dengan situasi dengan sanak saudara. Apa yang Cik Pah cuba laksanakan sekarang ialah untuk mengukuhkan kembali ikatan kekeluargaan dengan sanak-saudara yang juga jiran dalam kehidupan.
Katakanlah, apabila Chek Pok Loh tiada, siapa lagi atuk dari sebelah bapa yang Farah ada? Begitu juga Cik Pah dan lain-lain adik beradik, jika ditakdirkan Tuk Ngah tiada, dady Farahlah hubungan terdekat.
Ikutlah aktiviti persatuan dan kelab. Penuhi hari-hari anakanda dengan pengalaman baru.
Doa Cik Pah dari Malaysia agar Farah berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran.
Post a Comment