ah, sudah.
makin menjadi-jadi kegilaan aq pada komik jepun (manga) sekarang ni. asal ade aje website yang boleh download manga secara free, aku terus buat akaun banyak-banyak berbekalkan e-mail address aku yang sedia ada banyak akibat selalu tak ingat password pada suatu masa dahulu. short-term memory loss punye pasal daaaa~
antara website yang aq selalu kunjung ialah vnmanga. website ni pelik sikit. ade sistem point yang dia bagi waktu awal-awal kita sign up. kita gunakan point tu untuk download manga. so bile point tu dah habis, tak boleh la download manga dah. kalau tak silap la, aku ada 4 akaun untuk website ni saje dan point-point untuk ke empat-empat akaun tu dah pun habis. dahsyat tak dahsyat aku obsesi aku men'download' neh? *winkwink*
secondly, aku selalu download manga kat sugar888. haa, yang ni senang sikit sistem nye. untuk setiap akaun yang dibuat, kita boleh download 10 file aje. limit dy pulak akan diperbaharui setiap 24 hours. dan kalau tak silap, aku ade 4 akaun jugak untuk website ni.
kalau nak sumber yang paling best, aq sarankan pergi ke mangatraders. yang ini lagi best wooo. download nye freeeeeee aje. weeeeeeee~~ tak payah susah2 nak pikir pasal points ke hape. just sign up, sign in and dah boleh download sesuke ati. dia punye archieve pun banyak jugak. owh ye, and fyi untuk website ini, aq ade 1 akaun sahaja. =))
setakat ni, aq ade koleksi +200 dalam laptop aq. itu baru obsesi aq pada komik jepun. belum lagi drama jepun. ouh, kacak nye matsujun! lagu-lagu jepun. berlambak dalam handset aq. kuikuikui. artis-artis jepun. aku lah si fangirl yang pengaruh si tza gilakan arashi. mintak maap yerp, tza.
hmmmmmm. itu hari, mak ayah aku ajak buat summer cleaning kat dalam junk house atau lebih dikenali dengan stor dekat depan rumah. punye la banyak benda-benda entah hape2 dalam tu. semua keje abah aku la, jenis sentimental punye orang. ade ke patot dia pegi simpan lagi buku latihan darjah satu aku?? terkejut gile aku bile tengok balik tulisan budak kecik aku tu. takde la banyak sangat bezanya. wakaka~
kemas punye kemas, aku terjumpa dengan satu buku latihan menulis tulisan jepun. naik heran aku. setahu aku, tak pernah2 lagi aku beli mana-mana buku latihan jepun walaupun obsesi aku terhadap bahasa jepun tu sangatlah tinggi. belek punye belek, aku ternampak tulisan abah aku buat nota kaki di sesetengah muka surat.
tanpa membuang masa, aku pon berlalu meninggalkan sampah sarap kat depan stor tu untuk soal-siasat abah aku yang sedang berehat di dalam rumah. aku tanya, sejak bile pulak dia belajar bahasa jepun. dia balas, dia ambik kelas sampingan waktu tinggal kat usa dulu. selalu aje dia ajarkan pada anak perempuan dia ni yang masih budak lagi waktu itu.
alahai abahku sayang. padan la anak daramu ini sangap sangat dengan benda2 jepun~
obsesi: asal usulnya
at Thursday, September 03, 2009
labels komik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 blue love received:
hehehe farah tak abes2 ngan manga and bla3...heheh.makin obses yeh kamo.lol
hahaha. nk wat cne. mcm da sbati dgn jiwa raga ini. hehehehehe~
Post a Comment