lepas abes aje kuliah pada pukul 5.10 ptg tadi, kami terus menuju ke bandar bintang (ct star). matlamat nye ke sana pada hari ini ialah untuk makan di t.g.i friday. weeeeeee~
selepas solat maghrib di sana, kami ke compu mall dulu untuk membeli headset dan earphone. aku ambik peluang untuk survey harga printer. wah, boleh tahan la mahalnye. printer hp berharga LE 369, yang canon pulak ada yang berharga LE 299. ada sapa-sapa tak yang tahu kat mana jual printer + scanner + copier 3-in-1 kat mesir ni?? kang bertangguh lagi niat suci lagi murni aku nak print nota anatomy. huhuhu~ (T.T)
kami bergerak ke t.g.i dalam pukul 6 lebih. agak lama jugak la kiteorang decide nak order ape sebab sume makanan pun mahal so kena fikirkan betul-betul la ape yang nak dimakan. macam-macam ragam daaa, panik pun ade!
"nak yang ni la. tapi yang ni pun cam sedap. yang mana satu ye?" kata mardy.
"weyh, nasi ade tak kat sini?" soal tqa.
"yang ni macam ok. eh, tapi yang tu pon ok jugak," omel ana. "eh korang, aku tak tau la nak makan ape!"
"aku nak yang ni dengan yang tu," kata yaya. "lagiiiiiii...yang tu dan yang ni. ok, siap fikir!"
"aku da decide, jom order!" kata farah.
"which one do you like?" tanya seseorang pada waiter yang mengambil yang terkial-kial menunjuk ke arah satu hidangan. "ok, i will follow you. i take this."
(^_^) adoyaiiii, korang~ selesai aje order, picture time!
hampir sejam kiteorang tunggu makanan siap. sambil-sambil tu, borak2 kosong aje. akhirnye, tiba la masa makan! nyumnyum~
tapi takpe la, sangat-sangat seronok hari ini. dapat jugak menjejakkan kaki ke t.g.i friday selepas 5 bulan menahan rasa kepingin mau makan di situ. terima kasih kepada mereka-mereka yang sudi membazirkan duit pada hari ini. =)