jom makan! t.g.i wednesday~

lepas abes aje kuliah pada pukul 5.10 ptg tadi, kami terus menuju ke bandar bintang (ct star). matlamat nye ke sana pada hari ini ialah untuk makan di t.g.i friday. weeeeeee~

selepas solat maghrib di sana, kami ke compu mall dulu untuk membeli headset dan earphone. aku ambik peluang untuk survey harga printer. wah, boleh tahan la mahalnye. printer hp berharga LE 369, yang canon pulak ada yang berharga LE 299. ada sapa-sapa tak yang tahu kat mana jual printer + scanner + copier 3-in-1 kat mesir ni?? kang bertangguh lagi niat suci lagi murni aku nak print nota anatomy. huhuhu~ (T.T)

kami bergerak ke t.g.i dalam pukul 6 lebih. agak lama jugak la kiteorang decide nak order ape sebab sume makanan pun mahal so kena fikirkan betul-betul la ape yang nak dimakan. macam-macam ragam daaa, panik pun ade!



"nak yang ni la. tapi yang ni pun cam sedap. yang mana satu ye?" kata mardy.

"weyh, nasi ade tak kat sini?" soal tqa.

"yang ni macam ok. eh, tapi yang tu pon ok jugak," omel ana. "eh korang, aku tak tau la nak makan ape!"

"aku nak yang ni dengan yang tu," kata yaya. "lagiiiiiii...yang tu dan yang ni. ok, siap fikir!"

"aku da decide, jom order!" kata farah.

"which one do you like?" tanya seseorang pada waiter yang mengambil yang terkial-kial menunjuk ke arah satu hidangan. "ok, i will follow you. i take this."

(^_^) adoyaiiii, korang~ selesai aje order, picture time!

hampir sejam kiteorang tunggu makanan siap. sambil-sambil tu, borak2 kosong aje. akhirnye, tiba la masa makan! nyumnyum~


sizzling chicken si mardy (kiri) & new york steak si yaya (kanan)


white fish si ana yang agak masam tapi kalau makan dengan nasi, ok aje~ =]


chiken fajitas si tqa. dapat gak dy makan nasi! =)


steak new york farah. yehuuu~ (^_^)


dessert cookie madness! 7 sudu untuk 7 orang~ =3

untuk kamu-kamu yang berada di malaysia mungkin tak rasa ape-ape la sebab kat mana-mana pun ada kedai western kan. harga pun paling murah ada la dalam RM15 kan. tapi bagi kami-kami neyh, nak carik kedai yang ada jual western food tu ibarat mencari berlian dalam kaca; sangat susah wooooo~ harga pun memang tak leh tahan, seyes mahal! steak yang paling koman pun berharga LE79. convert pada duit malaysia baru rm50.97. murah kan?



*gulp!* (-_-)'

tapi takpe la, sangat-sangat seronok hari ini. dapat jugak menjejakkan kaki ke t.g.i friday selepas 5 bulan menahan rasa kepingin mau makan di situ. terima kasih kepada mereka-mereka yang sudi membazirkan duit pada hari ini. =)

1 blue love received:

Anonymous said...

"mak aq pun pernah pesan, berserdahanalah dalam apa-apa perkara sekalipun. belajar sederhana, main pun sederhana, melepak lagi la kena bersederhana. *ngehngeh!* mungkin sebab tu jugak aq makin berazam untuk berada di tengah-tengah selagi mana aq boleh"
hahahaha....