sejak sebulan yang lepas, kami ahli rumah A202 telahpun membuat jadual memasak menyenangkan diri kami supaya tak menyemakkan dapur yang kecil itu dengan kehadiran 5 orang di dalam nye. seorang budak akan jadi chef pada satu hari tersebut. hari khamis dan jumaat merupakan hari pembebasan; iaitu hari di mana siapa yang nak makan, pegilah masak! mengikut jadual yang telah ditetapkan, aku akan memasak pada hari rabu; yakni hari terakhir hari persekolahan. tapi andai kata kami makan diluar pada hari itu, maka aku akan masak pada hari pembebasan.
oleh kerana masing-masing sudah kempunan mau makan ciken chop oleh chef ana *cewah!*, lepas habis aje kelas pukul 5.10 petang semalam, kami terus ke city star lagi sekali! untuk membeli barang-barang yang diperlukan bagi melaksanakan misi kami ini pada hari ini.
nantikan hasil misi mulia yang akan kami laksanakan ini esok yerp~! =)
0 blue love received:
Post a Comment